|
1.
Apakah yang saya perlu ada untuk memulakan perniagaan ini?
Anda
perlu mempunyai satu telefon bimbit untuk segala urusan seperti
membeli Kad Prabayar, pendaftaran ahli baru, dan sebagainya.
2.
Bagaimana jika telefon bimbit saya hilang?
Anda
boleh telefon hotline syarikat, email kepada perkhidmatan pelanggan atau
SMS talian perkhidmatan pelanggan untuk melaporkan kepada syarikat.
Pihak syarikat akan tamatkan perkhidmatan SMS telefon bimbit lama anda.
Anda juga boleh menukar nombor telefon bimbit baru dengan menulis surat
kepada syarikat. Surat itu harus mengandungi no. tel lama dan baru, Id
dan nama No K.P serta tandatangan anda
3.
Macam
mana saya tahu baki wang saya di syarikat?
Anda
boleh menghantarkan SMS berformat BAL kepada server syarikat
(012-8822628), dan Server akan memberitahu baki
terkini anda dalam bentuk SMS.
4.
Bagaimana saya tahu saya telah berjaya mendaftar sebagai ahli?
Anda
cuma perlu hantarkan SMS berformat INFO kepada server (
012-88822628 ) dan anda akan mendapat balasan berbentuk SMS daripada
server syarikat untuk memberitahu anda no. ID agen anda.
5.
Tempat saya jauh daripada syarikat. Macam mana saya nak beli kad dan
mulakan perniagaan ini?
Anda
boleh melakukan pembelian kad prabayar melalui SMS. Format untuk membeli
kad prabayar boleh didapati di bahagian Format SMS di dalam laman web
kami.
6.
Apa
perbezaan pin yang dijual oleh syarikat ICT dan kad-Kad Prabayar yang
dijual oleh kedai-kedai komunikasi di luar?
Tiada
perbezaan. Cuma dalam bentuk yang berbeza sahaja. Semua pin-pin ini
dikeluarkan oleh Maxis, Digi, Celcom, Telekom dan lain-lain syarikat
komunikasi.
7.
Pin
yang diterima melalui sms sahkah?
Ya.
8.
Bolehkah saya meminta kad fizikal jika saya tidak mahu dalam bentuk pin?
Boleh.
Anda boleh mendapatkanya dari HQ Pudu atau cawangan di Subang
9.
Bagaimana jika pin yang dibeli bermasalah?
Anda
boleh mengadukan kepada pihak syarikat dan kami akan menyiasat siapa
yang telah menggunakan pin tersebut.
10.
Bagaimana jika saya salah menempah pin prepaid card?
Pihak
syarikat tidak boleh menukar pin yang anda telah beli kerana pin yang
telah diberikan kepada anda telah terdedah. Oleh yang demikian, silalah
berhati-hati apabila hendak menempah pin.
11.
Berapakah umur minimum untuk menjadi ahli?
Menurut akta jualan langsung, umur minimum adalah 18 tahun.
12.
Adakah syarikat ini sah di sisi undang-undang.?
Ya.
Syarikat kami menpunyai lesen jualan langsung Lesen kami adalah sah
sehingga bulan Disember 2009.
13.
Bolehkah saya menaja kedai-kedai telefon bimbit menjadi ahli?
Ya
boleh. Kedai-kedai telefon bimbit boleh mendaftar sebagai ahli. Prosedur
dan faedah diterima oleh kedai-kedai telefon bimbit juga adalah sama
dengan ahli biasa.
14.
Mengapa saya perlu bayar RM99?
Bayaran RM99.00 adalah untuk mendapatkan perkhidmatan pembelian kad
prabayar melalui SMS 24 jam sehari dan juga pembelian berdiskaun untuk
tempoh setahun.
15.
Apa kelebihan saya sebagai pelanggan?
Anda boleh membeli Kad Prabayar daripada syarikat dengan
diskaun yang menarik tanpa had pembelian.
16.
Jika saya tidak membayar sewa RM99.00 pada tahun depan, bolehkah saya
dapat komisen dan bonus agensi?
Jika anda tidak menyambung penyewaan Server SMS pada
tahun depan, bermakna anda bukan lagi Ejen syarikat. Anda tidak akan
lagi menerima sebarang faedah daripada syarikat; seperti diskaun ke atas
sebarang pembelian, kad percuma serta raja bonus dan juga penggunaan
perkhidmatan SMS. Ini bermakna RM99.00 perlu dibayar setiap tahun untuk
terus mendapatkan faedah-faedah diatas.
17.
Macam mana jika saya hendak dapatkan balik wang dalam akaun tunai saya?
Anda boleh mengeluarkan segala wang anda didalam akaun cash
anda pada bila-bila masa sahaja dengan hanya menelefon ke pejabat kami
atau menulis surat kepada kami. Pihak syarikat hanya akan memasukkan
wang anda ke dalam bank akaun yang sama nama seperti di dalam rekod
kami.
Muka Depan |